Minyak enjin memastikan pemanduan kereta anda senyap dan perjalanan jauh tidak mejadi masalah. Minyak engin perlu ditukar mengikut tempoh masa pengunaan atau jumlah jarak perjalanan. Minyak enjin jenis semi-sintetik boleh digunakan sehingga 5,000 km atau 3 bulan manakala minyak sintetik penuh boleh digunakan sehingga 10,000 km atau 6 bulan. Jangan biarkan minyak tersebut di dalam enjin kereta melebihi had yang ditetapkan kerana ini boleh meninggalkan keladak yang akan melekat dan menebal pada bahagian dalam enjin. Ini boleh menyebabkan pelbagai masalah lain dan kerosakan kritikal pada enjin.

Anda juga boleh mengetahui sukatan atau kelikatan minyak enjin melalui penyukat minyak enjin atau lebih dikenali sebagai “dipstick”.

Anda juga disyorkan untuk menukar penapis minyak (oil filter) setiap kali anda menukar minyak enjin.

*Kandungan asal dari vox.malaysiakini.com

 

Subscribe To Our Newsletter

Join our mailing list to receive the latest news and updates from our team.

You have Successfully Subscribed!