Pastikan tekanan udara pada tayar anda mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kilang. Tekanan udara yang tidak tepat boleh menyebabkan tayar anda mudah retak dan pecah. Selain itu, permukaan tayar anda akan haus lebih cepat.
Anda boleh mengukur tahap kehausan tayar anda dengan melihat tanda di bahagian tengah bunga tayar tersebut. Pastikan bunga pada tayar tidak kurang dari takat tanda. Jika lebih daripada tanda tersebut bermakna tayar tersebut tidak lagi selamat untuk digunakan. Anda perlu menukar tayar tersebut dengan segera. Anda perlu memeriksa tayar anda sekurang-kurangnya seminggu sekali.
germanmechanics.my